
|
D'Owner! ![]() Annyeonghaseyo. Welcome to my wonderland. Replace this with your own profile. Tagboard! Credits!
| RAHSIA KELEBIHAN HARI ISNIN
Assalamu'alaikum..
Hai,bloggers.. :)
Hari ni Zati nak kongsikan sedikit pengetahuan yang Zati tahu dekat korang semua..Ianya tentang...Ha!!yang macam kat atas tu lah..iaitu..
"Rahsia Kelebihan Hari Isnin.."
Pada hari Isnin ini banyak terjadi peristiwa-peristiwa dan kisah-kisah yang mempunyai keutamaannya.Terutamanya berkaitan tentang pesan-pesan ALLAH SWT kepada para Nabi dan Rasul agar menyembah hanya kepada ALLAH SWT.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Janganlah kamu menyembah dua tuhan,sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa,maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut." (An-Nahl:51)
Anas bin Malik ra. berkata:"Rasulullah SAW telah ditanya oleh para sahabat tentang hari Isnin.Baginda menjawab:Hari Isnin adalah hari pelayaran dan perniagaan.Kemudian mereka bertanya lagi.Mengapa demikian Wahai Rasulullah?Baginda menjawab lagi.Kerana Nabi Syaits as.telah berlayar pada hari Isnin untuk berniaga dan beliau mendapat keuntungan yang banyak dalam perniagaannya itu."
Kemudian sebahagian ulama telah mengatakan bahawa ALLAH SWT menentukan hari Isnin itu mempunyai tujuh keutamaan atau kelebihan:
1.Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin.
2.Nabi Musa as. telah pergi ke bukit Thursina pada hari Isnin.
3.Turun ayat tentang ke-Esaan ALLAH SWT pada hari Isnin.
4.Rasulullah SAW telah dilahirkan pada hari Isnin.
5.Jibril as. turun pertama kalinya menemui Rasulullah SAW pada hari Isnin.
6.Semua amal-umat ditunjukkan kepada Rasulullah SAW pada hari Isnin.
7.Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin.
Ha!!! inilah di antara kelebihan-kelebihan hari Isnin..ermm..sebenaranya ada lagi kelebihan2 hari yang lain..Tapi takkan lah Zati nak post semua,kan..??Ok lah..kalau nak tahu tentang kelebihan2 hari yang lain...tunggulah post Zati yang seterusnya..yer...
Insya-Allah..jumpa di post yang seterusnya..
Wassalamu'alaikum..(ilalliqa').. :)
PENGENALAN Assalamu'alaikum..Hai,saya Ummi Izzati bt. Mohamad Jamahari.Baru berumur 11 tahun.Bersekolah di SK Sijangkang dan SRA Sijangkang,Telok Panglima Garang,Selangor.Boleh panggil saya Zati/Ummi or ape2 je lah yang korang nak..(saya tak kisah)...Sebenarnya ini adalah blog saya yang ke-3 saya(kot)..Tapi saya masih setahun jagung dan banyak yang harus saya pelajari..Jadi saya harap awak semua boleh lah tolong saya...Kalau nak berkenalan..Insya-Allah, boleh je..Ok lah saya pun dah tak tahu,nak cakap ape lagi..tunggulah post saya yang seterusnya..(kalau sempat)..ilalliqa'.. |